Sunday, February 21, 2010

Profile Mari Kelih Store


Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah disebalik blog Mari Kelih Store kan?? Hari ini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang Mari Kelih Store (MSK) ini. Saya adalah seorang ibu kepada 2 anak (putera & puteri) yang sangat comel & aktif membesar, saya juga merupakan seorang working woman yang bekerja di salah sebuah syarikat bumiputera di Shah Alam ini. Impian saya adalah untuk menjadi seorang working at home mummy (WAHM) suatu hari nanti, Insya ALLAH..

Alhamdulillah, saya begitu bertuah kerana mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami & keluarga. Abang kandung saya juga mempunyai sebuah kedai yang menjual kain & tudung di sebuah pekan di Bera. Jadi saya mengambil stok saya di sana. Syukur ke hadrat Ilahi lagi kerana sekarang saya sudah mampu berdikari dan mencari pembekal barangan tudung & kain ela dengan sendirinya (terima kasih di atas tunjuk ajar abang & kakak ipar yang menunjukkan kedai tersebut).

Harapan saya adalah semoga MKS ini akan terus maju ke depan & saya dapat menjadi seorang working at home mummy suatu hari nanti. Saya juga ingin membantu kaum ibu / mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan menjual tudung & kain tetapi tidak mempunyai modal yang banyak. Jangan takut untuk bertanya / email terus kepada saya & nyatakan modal yang tuan / puan mampu sediakan & Insya ALLAH saya akan menawarkan barangan yang bersesuaian dengan budget anda;)

Setakat ini MKS hanya beroperasi dari rumah sahaja. Insya ALLAH kalau ada kesempatan, saya akan menyertai jualan-jualan di flea market mahupun bazaar yang dianjurkan sekitar Lembah Klang sahaja. Doakan semoga suatu hari nanti impian saya untuk memiliki sebuah butik akan tercapai jua;)
jangan lupa untuk berkunjung ke Subang Parade pada 27 & 28 Februari ini
work station saya di rumah;)
pilih jangan tak pilih

Jangan lepaskan peluang untuk memulakan bisnes ini kerana saya percaya salah satu sumber rezeki yang halal adalah melalui perniagaan sebagaimana riwayat hadis Tarmizi yang mengatakan sembilan per sepuluh sumber rezeki boleh diperolehi melalui perniagaan. Sama-samalah kita bantu membantu sesama Islam;)

0 comments on "Profile Mari Kelih Store"

Borang Pesanan

Name:
Phone No.
Email Address:
Mailing Adress
State the product's code (if more than one, please using '/' as a separator and followed by quantity in bracket. Example: TBK-001(1)/TBKS-003(1)
Payment
From What Source Did You Know Mari Kelih Store??

This contact form was created by Freedback.